Rela Dimasukkan ke Dalam Neraka
Nabi Musa a.s. suatu hari sedang berjalan-jalan melihat
keadaan ummatnya. Nabi Musa
a.s. melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500
tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa
a.s. kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli
ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa
a.s: "Wahai Musa a.s., aku telah beribadah kepada Allah
s.w.t. selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah
s.w.t. akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada
Allah s.w.t.". Nabi Musa a.s. mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa
a.s. kemudian bermunajat memohon kepada Allah s.w.t.
agar Allah s.w.t. memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat
kelak.
Allah s.w.t. berfirman, "Wahai Musa
sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar
Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa
a.s. kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah
s.w.t. kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan
sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa
a.s.. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya.
Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya,
temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun,
300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana
lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi
Musa
a.s. kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Musa
a.s., aku rela
Allah s.w.t. memasukkan aku ke dalam
Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta
satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam
Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh
pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan
masuk ke dalamnya". Nabi Musa
a.s. menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah
s.w.t. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s. maka
Allah s.w.t. berfirman, "Wahai Musa
sampaikanlah kepada ummatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di
Syurga-Ku yang paling tinggi".
0 komentar:
Posting Komentar
,,mohon sarannya kawan....